Terma Tempahan :
- Boleh dibuat dalam masa 6 bulan sebelum tarikh tempahan sehingga pada hari tempahan (bergantung kepada kekosongan).
- Tempahan dikira sah setelah bayaran tempahan diterima oleh TSK Homestay.
- Tempahan boleh dibatalkan selewat-lewatnya 1 bulan sebelum tarikh tempahan. Terma pemulangan semula bayaran tempahan adalah seperti yang ditetapkan dalam Prosedur Pembatalan Bayaran dibawah.
- Masa bayaran tempahan dan bayaran penuh sewaan adalah seperti yg ditetapkan dalam Prosedur Tempahan / Booking Tarikh dibawah.
Daftar Masuk : 8.00 malam
Daftar Keluar : 6.00 petang
* Daftar Masuk dan Daftar Keluar boleh lebih awal dari waktu yang ditetapkan. Ketetapan masa yang berlainan boleh dipersetujui selewat-lewatnya dalam masa 3 hari sebelum tarikh tempahan.
Terma-terma lain :
- Untuk keluarga MUSLIM sahaja.
- Dilarang membawa makanan TIDAK HALAL.
- Haiwan Peliharaan TIDAK DIBENARKAN.
- DILARANG membawa keluar barang-barang kepunyaan TSK Homestay.
- Segala Kemudahan dan fasiliti mesti dikembalikan dalam keadaan baik dan bersih.
Prosedur Tempahan / Booking Tarikh :
- Sila rujuk pada muka "Tempahan dan Promosi" untuk melihat kekosongan rumah pada tarikh yang anda kehendaki.
- Tetapkan tarikh tempahan anda dan sila SMS/Whatsupp ke nombor telefon bimbit pemilik homestay atau email kepada tsk.homestay@gmail.com dan nyatakan tarikh anda dan maklumat ringkas anda (nama, alamat tetap dan no. telefon). Tempahan anda mestilah dalam masa 6 bulan dari masa tempahan. Tiada tarikh akhir tempahan. Anda boleh menempah tarikh pada saat akhir jika masih ada kekosongan.
- Maklumat prosedur bayaran tempahan akan diberikan kepada anda melalui email/whatsupp. Tempahan dikira berjaya setelah bayaran telah diterima. Email pengesahan bayaran akan dihantar kepada anda sebagai bukti tempahan.
- Bayaran penuh sewa mesti dibayar dalam masa sebulan dari tarikh tempahan. Maklumat prosedur pembayaran penuh akan diberikan kepada anda melalui email/shatsupp. Email pengesahan bayaran akan dihantar kepada anda sebagai bukti tempahan.
- Jika bayaran penuh gagal dibuat pada masa yang ditetapkan, bayaran tempahan tidak akan dipulangkan dan tarikh tempahan anda akan dibuka semula kepada umum.
- Sila SMS/Whatsupp ke nombor telefon bimbit pemilik homestay dalam masa seminggu sebelum tarikh daftar masuk untuk mendapatkan prosedur pemberian kunci rumah.
Prosedur Pembatalan Tempahan :
- Pembatalan tempahan boleh dibuat paling lewat sebelum tarikh bayaran penuh sewa (sebulan sebelum tarikh tempahan) melalui SMS/Whatsupp ke nombor telefon bimbit pemilik homestay atau email kepada tsk.homestay@gmail.com .
- Pemulangan bayaran tempahan akan dibuat melalui "account transfer" setelah segala syarat pembatalan dipenuhi. Oleh itu, maklumat akaun dan email anda diperlukan sebelum bayaran balik boleh dibuat.
- Resit bayaran balik adalah melalui email dari Maybank. Bayaran semula akan ditolak sebanyak RM0.11 atas caj Interbank Giro Transfer (IBG) oleh Maybank jika akaun bank anda adalah selain dari Maybank.
- Adalah diingatkan bahawa bayaran tempahan tidak akan dibuat jika tarikh pembatalan adalah kurang dari sebulan dari tarikh tempahan. Ini adalah kerana bayaran tersebut akan dikira sebagai bayaran gantirugi untuk tarikh tempahan yg telah dibatalkan. Walaubagaimanapun, jika tarikh tempahan tersebut dapat diisi oleh penyewa lain, pemulangan semula bayaran akan dipertimbangkan.
Prosedur Pemberian Kunci Rumah :
- Kunci rumah, nombor rumah dan nombor parking kereta akan diberi pada hari daftar masuk.
- Kunci rumah perlu dipulangkan pada hari daftar keluar. Prosedur pemulangan kunci akan dijelaskan pada masa pemberian kunci dibuat.